Shvoongs hjemmeside > Vitenskap > Kjemi > KEBERKESANAN MODEL BOLA BAGI MENGATASI KELEMAHAN PELAJAR MERAMAL REAKTAN PENGHAD DARIPADA PERSAMAAN

.

KEBERKESANAN MODEL BOLA BAGI MENGATASI KELEMAHAN PELAJAR MERAMAL REAKTAN PENGHAD DARIPADA PERSAMAAN

Summary rating: 2 stars 2 Anmeldelse
Referat av : ijass
Besøk : 230  ord: 600   Publisert på: november 05, 2007

 
KEBERKESANAN MODEL BOLA BAGI MENGATASI KELEMAHAN PELAJAR MERAMAL REAKTAN PENGHAD DARIPADA PERSAMAAN
KIMI
A

Oleh: Fazleen Binti Kamaludin Hezelin Elayana Binti Shaian Mohd Shaari Azyze Bin Mohd Salleh Azyze Siti Murni Binti Salehan

Kajian ini bertujuan mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam meramal seterusnya menentukan reaktan penghad daripada persamaan kimia. Sampel kajian terdiri daripada 46 orang pelajar aliran Sains sesi 2004/2005 iaitu seramai 22 orang pelajar aliran Fizikal dan 24 orang pelajar aliran Hayat dari Kolej Matrikulasi Johor. Pelajar dipilih secara rawak di mana penyelidik mengambil nombor muka surat daripada sebuah buku secara membuka dan menutup buku tersebut di mana bahagian yang terbuka mewakili nombor praktikum pelajar. Bermula dari tinjauan awal terhadap tingkah laku pelajar dalam kelas tutoran, didapati sebilangan pelajar mengalami kesukaran dalam penggunaan stoikiometri bagi menyelesaikan soalan reaktan penghad. Selain itu, pelajar juga kurang berminat mencuba soalan-soalan pengiraan yang melibatkan reaktan penghad lantaran kaedah penyampaian guru yang agak tradisional serta tidak dapat menggambarkan konsep abstrak secara jelas. Justeru itu, Model Bola diperkenalkan sebagai alternatif bagi menjelaskan konsep mol yang abstrak seterusnya membantu para pelajar meramal reaktan penghad. Modul Reaktan Penghad merupakan arahan kerja bagaimana menggunakan Model Bola. 3 soalan penentuan reaktan penghad digunakan sebagai soalan bagi ujian pra dan ujian pos. Konsep mol penting kerana melalui penentuan reaktan penghad, pelajar akan dapat menyelesaikan soalan-soalan yang mempunyai kesinambungan atau berkaitan. Berdasarkan hasil kajian, didapati peratus pelajar yang masih lemah dalam penentuan reaktan penghad semasa Ujian Pra dilakukan adalah sebanyak 50.5%. Peratus ini berkurangan sebanyak 58.8% selepas Model Bola diperkenalkan kepada pelajar. Ini jelas menunjukkan Model Bola dan modulnya berkesan dalam mengatasi masalah kelemahan pelajar meramal seterusnya menentukan reaktan penghad.

Dalam konteks pendidikan sains, para guru seharusnya memulakan pengajaran dengan mengenalpasti konsep-konsep sains yang sedia ada dalam diri pelajar dan merancang aktiviti yang sesuai supaya dapat distruktur semula konsep-konsep sains tersebut ke arah konsep-konsep sains yang sebenar. Sebelum pelajar menerima pengajaran formal di sekolah, mereka telah mempunyai idea tersendiri mengenai sesuatu fenomena berdasarkan pengalaman dan interaksi dengan alam sekitar (Osborne & Bell, 1983; Osborne & Gilbert, 1980; Driver & Oldham, 1986). Idea yang tidak selari dengan konsep sains ini dikenali sebagai miskonsepsi (Fisher, 1982), kerangka alternatif (Driver & Easley, 1978) dan prakonsepsi (Berkheimer, Anderson & Smith, 1992). Idea ini berbeza dengan konsep sebenar, sebagaimana yang difahami oleh ahli atau pakar sains (Akerson et.al., 2000). Fenomena ini menjadi satu penghalang kepada kefahaman konsep saintifik dan menimbulkan kesulitan untuk memahami fakta saintifik, mengasimilasi dan menyusunnnya apabila diperlukan. Contohnya, dalam meramal reaktan penghad bagi suatu persamaan kimia, idea saintifik yang tidak tepat telah dikenalpasti iaitu pemilihan bilangan mol yang salah telah digunakan dalam penyelesaian persamaan stoikiometri.

Flere referater om KEBERKESANAN MODEL BOLA BAGI MENGATASI KELEMAHAN PELAJAR MERAMAL REAKTAN PENGHAD DARIPADA PERSAMAAN
Vennligst klassifiser dette abstraktet : 1 2 3 4 5


Tilføy din kommentar Ingen kommentarer

Kommentarer

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------